Sunday, May 31, 2009

irama dan lagu..

mungkin lagu2 ni x pernah masuk carta top 10 sinar fm mahupun hot fm, atau mengungguli carta muzik-muzik atau sewaktu dengannye tapi.............

lagu2 ni lah yg sering bermain di bibir saya semasa kanak2, waktu basuh pinggan kat dapor, sehinggalah mendodoikan anak dalam buaian bila nk tukar mood sket dari zikir2 pada Allah...

ia bukanlah lagu rasa sayang, lagu negaraku, lagu hari jadi...... mungkin sesapa yg pernah nyanyi atau dengar lagu ni, akan terimbaulah kenangan masa lalu..di zaman kanak2 (mungkin ade senikata dah lari sket...adik bradik saya kata, saya ni pengUBAH lagu, bukan penggubah lagu... abis lirik lagu org terubah ikut sedap bunyi jer....)

1. kasih ibu
kasih ibu sejati
membawa bahagia
haruslah dihormati
hidupmu sempurna
janganlah kau durhaka terhadap ibu
budinya amatlah besar terhadap kamu
dari itu sentiasa
hormat ibubapa
agar hidup bahagia
selama-lamanya 2x
2. cita-cita saya
cita-cita saya
bagai gunung tinggi
puncaknya di awan
tak tercapai tangan
tapi hati tabah
saya terus usaha
semua rintangan
tak dijadikan alasan
ingin berjaya
hidup dipenuhi jasa
3. x ingat tajuk...
terbang seperti burung
ke atas bukit dan gunung
melayang tinggi-tinggi
terbang sehingga puas hati
berenang seperti ikan
di dalam sungai
dan lautan
melihat
mengkaji
membuka rahsia bumi
itu di antara lagu2 kegemaran saya yg bagi saya ia begitu bermakna jika dihayati dengan mendalam.. kasih ibu...memang masa cekgu muzik ajar first time masa dejah 4 kot, ramai pelajar menangis...sedih...ingatkan mak yg mencurahkan kasih sayang tanpa jemu...
lagu cita-cita saya pulak, sambil nyanyi, sambil teringat cita-cita masa dulu nak jd doktor (huhu..sedey x tercapai tangan) , jadi bait2 lagu seterusnya tu semacam motivasi utk diri...bukan alasan semua rintangan yg ditempoh... teringat suatu pesanan dulu, kalau nak bercita-cita (bukan angan-angan!), biarlah setinggi langit...klu terjatuh pun, mungkin tersangkut kat hujung pokok ke, kat puncak klcc ke... tak le terus bersungkur ke tanah... maknanya kalo dah usaha sedaya-upaya utk mencapai cita2 tertinggi tu (nk jadik doktor).. , klu Allah dh takdirkan saya xleh jd doktor, sekurang-kurangnya usaha saya tu membolehkan saya amik course bio (ade le sket2 ilmu hayat nye tu...) dan sekarang, bila dah jadi cekgu, insyaAllah saya dpt mendidik dan memotivasikan lebih ramai lagi bakal2 doktor...aaaamiiiinnnnnn.. mungkin hidup saya lebih bermakna menjadi guru daripada menjadi doktor....
lagu ketiga tu pulak....memberi inspirasi kepada saya dan menjadikan saya amat berminat dalam bidang sains..... melihat....mengkaji.....membuka rahsia bumi... kan Allah suruh kita tuntut ilmu.... banyak rahsia kejadian Allah utk kita terokai supaya kita lebih sedar kebesaran dan kekuasaan Allah....
tiga2 lagu ni turut menjadi nyanyian oleh anak2 saya, walaupun mungkin lagu ni dari zaman saya semuda mereka.... dan saya sentiasa selitkan keazaman tinggi utk mereka belajar bersungguh2 untuk mencapai cita2 sambil menerokai alam kejadian Allah...sambil tu kasih pada Allah dan kasih pada kedua ibubapa jgn dilupa....
****esok saya dh merancang membawa anak2 (4 yg besar) naik keretapi ke kl... suatu pengalaman baru buat mereka.. sementara ade peluang memandangkan bapa mereka telah sedia ada di sana sejak bbrp hari lalu kerana tugas. suspen juga, sebab saya sorang nk kena handle anak2 dlm persekitaran yg saya juga x berapa biasa.... doakan keselamatan kami, tq...

dgn itu juga, saya akan merindui blog ini dan blog rakan2... nk bercuti jap....

8 comments:

  1. ni dah mengimbau kenangan lampau ni.. lagu yang bermesej patut kita ingati kan?

    ReplyDelete
  2. x jadi doktor pon xpe..jadi cikgu lahirkan ramai doktor~

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Wah, kak Ami...

    Tak pernah dengar lagu-lagu ini semua tapi mesti sedapkan?

    Semoga dapat mendidik anak bangsa dnegan baik, chaiyo!!

    Selamat bercuti, kak Ami...

    ReplyDelete
  4. Salam alaik, Kak Azma...

    Harap sihat sentiasa.
    nanti pulang bercuti datanglah ambil award di blog saya, ya! Khas buat Kak Azma...

    Wassalam.

    ReplyDelete
  5. salam ziarah
    semoga berbahagia selalu

    ReplyDelete
  6. cc n ase1, thank you...sama-sama kita bercuti... cc keje ape ek?

    ummi, lagu tu masih evergreen kat umah ni... dari mak depa kecik sampai dah ada anak kecik pon masih suka lagu tu.. anak2 siap nyanyi ngan gayanya sekali...

    syafa, stakat ni dok ngajo skola harian, yg nak sambung PhD jadi 'doktor' mungkin le ade... yg amik medic lum dengo citer lagi...line-line bio ade la....

    balqis, thanks utk award tu..nanti kak amik... sronok juga bila dh bercinta ngan kerjaya guru...

    S.O.T., thanks sebab ziarah..nak ziarah balik x dpt le pulak....

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin