Wednesday, October 14, 2009

sEPi

lama menyepi... sengaja dan x sengaja

sebulan bibik balik bercuti raya...dan selama tu lah hidup bagaikan..x tau nak kata..
di saat-saat akhir ni juga bnyk assignments due, dgn presentation, kolokiumnya.. juga test untuk course..

hakim juga dah menjangkau usia 1 tahun..alhamdulillah...alangkah manisnya dan indahnya mempunyai zuriat yg Allah kurniakan.. ini juga bermakna cuti pengajian saya pun dah lebih setahun... selama tu juga saya berjuang sejak hakim dalam kandungan hinggalah sudah setahun usianya sekarang...

selama berulang alik ni juga, skill driving saya semakin bertambah rasanya.. mungkin kerana terpaksa.. ade ketikanya kene 'brutal'.. harapnya x sampai kelihatan macam 'samseng' di jalan raya... bukan ape.. pemandu pempuan kerap dipandang sinis... kalau dia drive slow dan berhemah..dikatakan lembap.. kalo dia drive cara confident dan steady..nampak samseng dan brutal pulak.. ape-ape lah... yang penting, alhamdulillah sehingga kini perjalanan saya selamat dilindungi Allah... sering terkenang arwah ayah bila memandu keseorangan.. masih rindu pada arwah... keberanian dan keyakinan saya memandu kereta disemai oleh arwah sejak saya kecil lg kerana inilah cara arwah mencari nafkah membesarkan kami sehingga seadanya kini...

masih ade beberapa minggu sebelum exam final... then, tinggal last sem utk projek 598, insyaAllah.. saya bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sangat memahami keadaan saya sungguhpun saya 'cuti' fulltime... moga Allah membalas jasa mereka...juga syukur kerana dikurniakan suami n anak-anak yg tahu dan faham tentang tugas saya.. syukur juga diberikan ahli keluarga...bonda, kanda dan adinda-adinda yang turut meringankan beban saya di sana-sini...

hehe..macam ape jer... terasa syahdu pulak...ni sesambil layan irama sentimental dalam blog the precious moment... thanks kak tirana...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin