Wednesday, June 6, 2012

punya lama x ke sini, sampai password pon lupa..

Tuesday, September 20, 2011

Wednesday, May 18, 2011

luahan rasa

x de sape dpt dikongsikan rasa ketika ini... sikit rasa kecewa, hampa, down... di sebalik riak wajah mcm biasa...

sedar blog ini lama tidak digunakan... biarkan ia jd kanvas rasa d hati... nk diluah ntah pd siapa...yg bisa memahami, ketidakpuasan hati

Thursday, December 9, 2010

saja nk publish tp malas edit. dpt dari email... ade gambar tp ntah mana g nye

WHAT COLOR IS YOUR DIET??
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,Tahukah anda, pengambilan buah dan sayur pelbagai warna dalam diet amat baik untuk kesihatan? Bagi yang sedang giat menjalankan program pengendalian berat badan, tidak kira sama ada program bersama pusat-pusat pelangsingan mahupun mengendalikannya sendiri, pengambilan makanan amat penting dalam menentukan keberhasilan program pelangsingan. Ini termasuk dalam pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kita wajar bersyukur kerana negara kita cukup kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu variasi.Pelbagai warna boleh didapati, sedar ataupun tidak, warna-warna makanan melambangkan kandungan nutrisi tertentu di dalamnya. Lebih menarik lagi, pengambilan pelbagai makanan berwarna (yang semulajadilah, ya!) sebegini dikatakan dapat melangsingkan badan. Menurut David Heber dalam buku What Color Is Your Diet? , semakin pekat atau ketara warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan, semakin tinggi kandungan nutrisi yang terdapat di dalamnya.Menurut Eric Breverman dalam bukunya, The Younger (Thinnner) You Diet pula, kunci menurunkan berat badan sekaligus mempertahankannya adalah dengan menggantikan sel-sel otak yang hilang, menyeimbangkan zat kimia otak dan menciptakan kembali otak yang lebih muda dan aktif. Setiap kali sel-sel otak anda tumbuh, anda bukan sahaja bertambah pintar tetapi juga boleh mempercepatkan metabolisme. Ia juga bertujuan untuk mencerdaskan otak serta menguruskan badan, seiring dengan pertambahan usia.Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan berwarna yang boleh anda jadikan panduan dalam menyusun pola pemakanan dengan lebih baik dan membantu kita menambahkan sel-sel otak.
Merah terangMakanan seperti tomato dan tembikai merupakan antara jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai warna ini. Warna ini menandakan makanan ini mengandungi likopen, iaitu zat yang berperanan untuk memelihara kesihatan sel serta mampu mengurangkan risiko kanser.Sebagai contoh, tomato mengandungi likopen dan vitamin C sebagai antioksidan dapat meminimumkan risiko kanser (terutama kanser pankreas) serta mencegah radang usus. Selain itu, tomato juga mencegah penyakit jantung dan memelihara tekanan darah. Bukan itu saja, vitamin lain seperti vitamin A dan C juga mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga gusi dan meningkatkan imunisasi tubuh.Red Ruby atau merah gelapBuah sitrus seperti grapefruit merah dengan isi buah berwarna merah ini mengandungi antioksida yang berfungsi mempertahankan kesihatan, memperbaiki fungsi memori, melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu, pigmen merah dalam buah ini mengurangi risiko kanser dengan cara mencegah kerosakan jaringan. Buah ini juga dikatakan boleh memperbaiki fungsi saluran kencing.Antara buah lain yang berwarna merah dan boleh membantu adalah buah cranberries, raspberries, ceri, kacang merah dan buah delima.Oren (jingga) terangLobak merah dan mangga antara makanan di dalam kelompok ini. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna oren menandakan kaya dengan kandungan alfa dan beta karotenoid di dalamnya yang mengandungi komponen anti kanser dan antioksida. Makanan ini juga boleh membantu memperbaiki daya penglihatan dan kesihatan jantung. Cuba ambil paling tidak dua hingga tiga biji makanan berwarna oren setiap hari dan jauhi produk jus buah-buahan yang kaya kalori.Kuning terangMakanan yang berwarna kuning diketahui mengandungi vitamin C yang baik untuk melindungi sel tubuh. Limau dan betik mengandungi banyak vitamin C dan mengandungi beta cryptoxanthin, iaitu salah satu komponen karotenoid. Dengan kandungan vitamin C dan karoteniod di dalam buah betik dapat mempertahankan tekanan darah anda dalam keadaan yang normal.Sayuran dan buah yang berwarna kuning banyak mengandungi fitokimia karotenoid dan lavonoid (vitamin dan mineral dalam makanan yang berfungsi mengurangi peradangan) yang mempunyai komponen anti kanser dan antioksida. Terdapat sejenis enzim yang membantu menambah kepantasan reaksi di dalam tubuh. Betik juga membantu mencerna daging dan tepung sehingga melancarkan pencernaan, serta membantu memelihara daya tahan tubuh.Makanan berwarna kuning ini juga boleh memperbaiki penglihatan dan memelihara kesihatan jantung. Cuba ambil tiga sajian makanan begini setiap hari.Hijau gelapWarna hijau pada sayuran menandakan kandungan sulforaphane, isothiocyanate dan indoles yang menurut Heber, ia dapat merangsang hati untuk membuat komponen yang dapat memecah unsur kimia penyebab kanser. Klorofil yang terkandung di dalam tanaman hijau mempunyai komponen anti kanser dan komponen yang berfungsi untuk proses detoksifikasi tubuh. Buah dan sayuran hijau kaya dengan zat lutein, yang kaya dengan antioksidan di dalamnya. Selain itu, sayuran hijau kaya karotenoid, vitamin serta mineral yang berfungsi peradangan secara semulajadi.Sayuran seperti brokoli dapat meningkatkan imunisasi serta pembentukan sel dalam tubuh melalui kandungan asid foliknya yang sememangnya bermanafaat melawan kanser terutamanya kanser payudara. Brokoli juga kaya dengan chromium yang boleh membantu mengatur insulin dan gula darah dalam tubuh selain mencegah menyakit jantung.Selain itu, banyak makanan hijau yang mengandungi kalsium yang membantu membangun tulang dan gigi yang kuat, mencegah osteoporosis serta mampu memperbaiki penglihatan. Ambil sekurang-kurangnya satu sajian sayuran seperti brokoli, kobis, sawi, bayam, kobis brussel dan sebagainya setiap hari.Putih kehijauanMakanan berwarna putih banyak mengandungi flavonoid yang dapat melindungi membran sel. Contoh makanan berwarna ini adalah seperti bawang putih, bawang bombai, seleri dan buah pir.Kandungan alicin dan selenium di dalam bawang putih dipercayai dapat membunuh parasit, bakteria dan virus. Mengambil bawang putih secara teratur dapat menghalang arteri daripada tersumbat, meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta mengawal tekanan darah. Selain itu, ia dapat menurunkan kadar kolesterol serta mengandungi zat anti kanser serta dapat membantu menyembuhkan radang otak, sakit pada sendi serta menambah tenaga.Biru gelapMakanan dengan warna ini mengandungi anthocyanin dan fenolat, iaitu dua jenis fitokimia kuat yang dikatakan bermanafaat sebagai anti penuaan. Buah dan sayuran berwarna biru glep kaya antioksida. Makanan berwarna biru boleh melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu, makanan ini juga mengurangi risiko kanser dengan mencegah kerosakan jaringan. Makanan ini juga boleh memperbaiki fungsi memori dan kesihatan saluran kencing. Buah seperti beri biru dan anggur adalah antara contoh makanan dalam kategori ini.Ungu gelapMakanan yang berwarna nila dan ungu mengandungi antioksida. Makanan berwarna biru gelap dan nila mengurangi stress oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan. Selain itu, makanan ini juga kaya resveratrol yang diyakini dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser. Makanan seperti terung ungu dan buah plum amat disarankan oleh Braverman.

Sunday, October 31, 2010

balance sheet of life

BALANCE SHEET OF LIFE

Our Birth is our Opening Balance!
Our Death is our Closing Balance!
Our Prejudiced Views are our Liabilities
Our Creative Ideas are our Assets
Heart is our Current Asset
Soul is our Fixed Asset
Brain is our Fixed Deposit
Thinking is our Current Account
Achievements are our Capital
Character & Morals, our Stock-in-Trade
Friends are our General Reserves
Values & Behaviour are our Goodwill
Patience is our Interest Earned
Love is our Dividend
Children are our Bonus
Issues Education is Brands
Patents Knowledge is our Investment
Experience is our Premium Account
The Aim is to Tally the Balance Sheet Accurately.
The Goal is to get the Best Presented Accounts Award.

Some very Good and Very bad things ...
The most destructive habit.......................Worry
The greatest Joy................................Giving
The greatest loss.......Loss of self-respect
The most satisfying work................Helping others
The ugliest personality trait..............Selfishness
Our greatest natural resource................Our youth
The greatest 'shot in the arm'...........Encouragement
The greatest problem to overcome..................Fear
The most effective sleeping pill.........Peace of mind
The most crippling failure disease.............Excuses
The most powerful force in life....................Love
The world's most incredible computer........The brain
The worst thing to be without.................... Hope
The deadliest weapon........................The tongue
The greatest asset................................Faith
The most worthless emotion...................Self-pity
The most beautiful attire.......................SMILE!
The most prized possession.................Integrity
The most powerful channel of communication.....Prayer
The most contagious spirit...................Enthusiasm
The most important thing in life...................GOD

Life ends; when you stop Dreaming,
Hope ends; when you stop Believing,
Love ends; when you stop Caring,
And Friendship ends; when you stop Sharing...!!!

Friday, October 22, 2010

visitor from germany

i wonder who is my frequent visitor from germany.... malaysian? thanks for visiting even though i dont update for so long...

Saturday, October 9, 2010

GreEn

lama x tengok blog ni... teruja ngan kehadiran puan capa ngan blog barunya... tahniah ibu uwais... lantas teringin mengubah rupa blog..touch up semula..cat baru, tanda blog dah diziarahi... hehee..patutnya cat umah sblm raya, ni tidak..

hakim yg baby dlm gambo pon, dah nak genap dua tahun, duablas ari bulan ni...bukan x nk update ngan gambar2 baru tp disebabkan handphone x leh blutut (ntah nape..) so malas nk cari cable ntah d mana...

now masih musim pmr, tinggal maths n kh, serta arab... dh cuba tlg students sebaik yg boleh, now terserah pd usaha mereka dan pertolongan dari Allah... moga yg berusaha mendapat ganjaran yang setimpal...

Friday, July 23, 2010

a happy city?

a friend of mine hope that 'ipoh is a happy city for me'...
i wish that too but so far it is not. i'm more comfortable and prefer to stay at kuala kangsar than ipoh. life here is too hectic since four of my kids are schooling.. 2 sessions, the formal schools and religious schools... 10 different 'time' go and back home. i manage to arrange transport for some of the time but early in the morning, i have to send all 4 to school.. at 3pm, send the 2nd to school. at the evening, take the 2nd n 3rd back from school......penat oooooo.... how could i be happy with that tiring routine?? arghhhh...sabo je laa....

Monday, July 5, 2010

dUa mInGGu laGi.....

back to school again after 24 months on study leave... wondering whether i can be posted to the school i asked for... moving into the new house from kuale to ipoh last school holidays.. now almost everything is new...

Monday, May 10, 2010

bertangguh lagi..

geram dan bosan.. boring betul.. bila la nk siap projeknya nih!.. dah sebulan rasanya menunggu-nunggu.. abis lari planning awal.. camana ni? geram la! sat-sat mcm cepat, sat lg pulak langsung x nmpk muka.. masa makin singkat.. camana la dia tu. mesti tangkap bnyk projek, cekoh sana, tinggal sini.. cekoh sini, abai sana... eeeeeee.....

Monday, May 3, 2010

perginya tidak kembali...

sedih dan pilu mengiringi pemergian seorang teman seperjuangan.. kehilangannya begitu dirasa bukan saja oleh balu dan 5 anak2 kecil, juga bukan setakat saudara2 terdekat, malah begitu ramai rakan dan teman, juga para pelajar... malah majikan sendiri teramat merasai kehilangannya.. arwah begitu komited dengan tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bapa, guru, anak buah, rakan seperjuangan dan macam2 lagi...

perginya arwah untuk bersama kembali dengan kedua2 org tuanya... moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 mereka..

Tuesday, April 13, 2010

menjenguk sat

penuh sawang site ni.. siap dh x dpt baca blog certain people..not invited..huhu... menyepi lg lepas ni..

Wednesday, January 6, 2010

Life is too short to feel sad: The Virgin

Life is too short to feel sad: The Virgin

ni sebahagian dari gambar kawen adek bongsu saya.. dipetik dari photographer ari tu... thanks taty..

Tuesday, December 15, 2009

disember post

lama x meng-update blog..bagaikan hidup segan mati x mau...

masih dalam cuti semester tapi mencari2 ruang membantu persiapan untuk walimatul urus adinda bongsu..

hati teringat2 juga tentang kertas projek yg bakal dimulakan seminggu dua lagi... seharusnya perlu dimulakan sebelum bertemu ngan penyelia nanti... siapakah akan menjadi penyelia ni??

dah beberapa minggu bercuti, kenduri kawin sana sini... sempat gak saya jadi 'org tua' utk majlis kawin anak jiran saya... yang pertama di antara kami yang menghuni fasa 3 taman ni..... heheeee...terasa dah veteran pulak... majlis berlangsung sabtu lepas..

pada malamnya, sempat pulak menghadiri wedding reception di sebuah kelab diraja di bandar ipoh... kali pertama menghadiri majlis sebegitu dari mula hingga hampir ke penghujung... dulu pernah dak attend wedding reception kat tabung haji, tp sampai lewat, so acara grand dah telepas... kali ni dpt merasai sendiri majlis gilang gemilang orang2 berada ni... hehee... saya org kampung jer...

sempat singgah kat website moe, terkejut pulak baca surat siaran..... suma bentuk latihan dalam perkhidmatan utk ppps 2010 ditangguhkan.... ni termasuklah penajaan biasiswa master phd dlm dan luar negara dan sebagainya.... huh! kritikalnya kedudukan kewangan negara kini... simpati pd rakan2 yg dah dpt tawaran biasiswa tapi terpaksa tangguh pulak... bimbang juga tempias terkena.. maklum la, saya juga dlm tajaan... bila chek balik, yuran sem lepas masih belum dilunaskan penaja... bimbangnya....

now ni menghitung hari la.... sekolah nak mula kembali..persiapan belum dibuat.. adeh.... uniform pun dah berubah.. yg naik form 2, jd pengawas.. yg naik tahun 2, tukar uniform baru untuk tunjuk identiti skolah kluster... mau lebih seribu untuk persiapan sekolah 4 anak yg bersekolah ni.... hmmm.....

heheeee...cukupla post utk bulan ni... heeee... satu post satu bulan..

Thursday, November 12, 2009

rOjaK

banyak perkara berlaku kebelakangan ni.. macam-macam..
fokus di sekitar kehidupan saya je.. tapi masih macam-macam juga..
emosi bercampur aduk..

ni baru je abis exam final.. tapi ntah di mana tahap kepuasan belajar dalam sem ni..
huhu.. nape la x sekuat semangat belajar seperti suatu ketika dulu?? sedih.. sedar tapi membiarkan saja... nantikan je lah result dalam beberapa minggu lagi...

dgn abisnya exam ni juga bermakna saya perlu mulakan usaha untuk buat projek akhir.. hanya ade satu sem saja utk saya mula dan selesaikannya... hmm...

sekarang ni juga musim panggilan kaabah.. gembira dan terharu bila sorang demi sorang rakan pergi menunaikan fardhu haji di mekah...moga mereka mendapat haji yang mabrur..yang diterima Allah.. tumpang gembira ngan pemergian mereka tetapi terharu dan sayu.. ntah bila lah masanya untuk saya berpeluang menunaikan rukun Islam kelima tu.. akan tibakah masanya??

baru-baru ni juga saya baru tersedar kehilangan seorang rakan blogger.. tertanya-tanya juga mengapa..sehingga hilang tanpa ade kesan... huhu..baru discover puncanya.. mengapalah ade juga insan sepertinya yg berselindung di sebalik tubuh orang lain?? saya juga mushkil sebenarnya masa tgk sbhgn dari gambar dia di dalam blog..rasa macam ade yg x kena.. x sangka pulak gitu kisahnya... macam tu juga ngan posting dia... rupanya banyak dicedok dari sana-sini tapi buat seolah-olah dia yg punya... bukan ke lagi baik kalo nyatakan saja sumbernya.. apalah salahnya.. lagipun memang kita semua berkongsi ilmu...

sayang juga rasanya.. sebab kebanyakan bahan yg dicedok tu banyak pengajaran dan iktibar.. masih boleh kita jadikan panduan walaupun ramai yang marah pada dia. harap dia segera insaf dan berani mengakui kesilapan..harap rakan blogger pun sudi memaafkan dia walaupun untuk kali terakhir.. saya tidak menyebelahinya.. tapi bila kita buat silap, tentu kita inginkan kemaafan dan peluang utk betulkan keadaan..

hmmm... hakim saya dah capai usia setahun oktober lalu..seronok rasanya melayan kerenah hakim..dia jadi tumpuan abg2 dan kakak2nya... dah x de lagi baby yang 'menyulur'..hanya sekali-sekala merangkak.. kebanyakan masa dia dah berjalan, dah explore sebahagian besar rumah.. dah mula berjalan sendiri men-join kan diri ngan abang kakaknya... seronok tengoknya... cute jer jalan kedek-kedek..hehe..

kalau dibiarkan, dia akan naik tangga sendiri..dari bawah sampai la tiba kat bilik atas... risau dibuatnya... hobi dia sekarang ni.. bila dekat mak, mesti cari rantai tangan mak.. dia suka gigit..hehe.. exercise gigi kut... tapi saya hati-hati gak, risau terputus 'buah hati' atau 'bola loceng' pada rantai ni... hehe..rantai tangan utk baby tapi mak yg pakai.. kes ade org cuba nak sentap rantai arifah masa arifah kecik dulu...

hmmm...tenang sket perasaan bila dapat diluahkan begini..hehe..sebenarnya rasa terlalu rindu kat anak2..sejak dari isnin sudah saya dah ke sini..utk exam..ni dah kamis...huhu

hehe..abis tu nape x terus balik?? hehe..saya nak buat assignment ptk lepas ni.. target siap sebelum balik.. boleh pos esok... hrmmm..macam-macam...

nanti la masa yang lain untuk saya tambah-tambahkan posting luahan hati ni.. hehe..tension sebenarnya dok sorang-sorang di sini... org lain dok balik hari untuk exam.. saya kene stay utk jimatkan masa dan kos... huhuhu...

moga result exam ni kekal baik walaupun saya rasa usaha saya bukan di tahap optimum... malu pulak rasa nak mintak Allah berikan yg terbaik buat saya....

Wednesday, October 14, 2009

sEPi

lama menyepi... sengaja dan x sengaja

sebulan bibik balik bercuti raya...dan selama tu lah hidup bagaikan..x tau nak kata..
di saat-saat akhir ni juga bnyk assignments due, dgn presentation, kolokiumnya.. juga test untuk course..

hakim juga dah menjangkau usia 1 tahun..alhamdulillah...alangkah manisnya dan indahnya mempunyai zuriat yg Allah kurniakan.. ini juga bermakna cuti pengajian saya pun dah lebih setahun... selama tu juga saya berjuang sejak hakim dalam kandungan hinggalah sudah setahun usianya sekarang...

selama berulang alik ni juga, skill driving saya semakin bertambah rasanya.. mungkin kerana terpaksa.. ade ketikanya kene 'brutal'.. harapnya x sampai kelihatan macam 'samseng' di jalan raya... bukan ape.. pemandu pempuan kerap dipandang sinis... kalau dia drive slow dan berhemah..dikatakan lembap.. kalo dia drive cara confident dan steady..nampak samseng dan brutal pulak.. ape-ape lah... yang penting, alhamdulillah sehingga kini perjalanan saya selamat dilindungi Allah... sering terkenang arwah ayah bila memandu keseorangan.. masih rindu pada arwah... keberanian dan keyakinan saya memandu kereta disemai oleh arwah sejak saya kecil lg kerana inilah cara arwah mencari nafkah membesarkan kami sehingga seadanya kini...

masih ade beberapa minggu sebelum exam final... then, tinggal last sem utk projek 598, insyaAllah.. saya bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sangat memahami keadaan saya sungguhpun saya 'cuti' fulltime... moga Allah membalas jasa mereka...juga syukur kerana dikurniakan suami n anak-anak yg tahu dan faham tentang tugas saya.. syukur juga diberikan ahli keluarga...bonda, kanda dan adinda-adinda yang turut meringankan beban saya di sana-sini...

hehe..macam ape jer... terasa syahdu pulak...ni sesambil layan irama sentimental dalam blog the precious moment... thanks kak tirana...

Thursday, August 27, 2009

mencuri masa sekejap

lama x update rasanya.. sedang bergelumang ngan keje-keje saat akhir :( bukan sengaja dilengahkan tp konsentrasi membuat keje amat kurang... terkejar-kejar rasanya.. ( tp x de sapa suruh update blog pun....) dah tabiat dari kecik dulu, klu study tu mesti nak concentrate.. minimize gangguan tp bayangkan bila berada bersama anak-anak burung kat rumah tu... nak jawab pertanyaan depa pun jenuh... pot pet pot pet.. x salah depa..dah darah cekgu mengalir dalam jiwa mereka... tu blum kira mulut-mulut burung yg nak kene suap plak... mujur bulan puasa, kurang sket berkicau anak-anak burung saya tu... takat kakde yg diajak cuba berpuasa tapi dia blum nak...baru 4 tahun tp masa abang dia dulu, dah mula berjinak ngan posa...

berasap kepala membuat literature review sana-sini... ngan 3 paper yg diambil, kekadang confius.. adeiiiiii.... buang masa ulang alik pun satu hal... org lain siap boleh download jurnal n forward kat kita... yg saya baru jer sampai umah lepas drive sejam lebih... sungguh meletihkan dan rugi masa.. mujur la dpt rakan-rakan kumpulan yg sangat memahami dan bertimbang rasa..
tapi keje individu??? baik sambung keje dulu.....

Friday, August 21, 2009

anak-anak kami...

hehehe... bukan senang nak amik gambo deme 5 beradik serentak... mesti ada yg slack.. ni dua yg ok sket... nak buat cam ne, guna camera hp, lambat snapnya..abang kakak dah ready, hakim lak lari... yang hakim ok, kakak pulak jadi mangsa kene tarik rambut... alahai....


fakta nombor..







ni dia... hanya kebetulan. yang menarik pada nombor-nombor ni... di kiri hijau tu, odometer kete saya guna.. dah 111222 sejak beli mac 2003. semenjak ulang alik ke penang ni, cepat jer nombor tu meningkat..
yang dua di kanan tu, saja amik dua snap, 133331, simetri nombornya, dan 133333...punya banyak 3.. tu kete hubby guna, sejak beli januari 2008.. tapi meter dah jauh lebih dari kete saya... boleh difikirkan betapa busy nya hubby saya.. perjalanan saja dah beratus ribu kilometer dalam setahun lebih ni....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin