Friday, February 27, 2009
inginku kongsikan ratapan hati ini...
ayah baru meninggalkan kami selamanya pada petang rabu lalu dan selamat dikebumikan pada pagi khamis... alfatihah..
Perginya setelah 16 tahun menjalani hidup dengan routine hemodialisis.. Berkorban menyara dan membesarkan kami sehingga seadanya kami hari ini dengan menjadi pemandu syarikat... dan pemandu teksi...begitu rajin berusaha dan beribadat... langsung tidak sinonim dgn melayu yang selalu dilabel malas... Ayah, ayah akan tetap kami kenang dan kami sayang selamanya.. semoga Allah merahmati ayah dan semoga Allah permudahkan dan menerima ibadah kami utk bahagian ayah di sana... samoga kita dapat bertemu lagi di sana kelak...Insyaallah kami akan jaga mak dengan penuh kasih sayang sebagaimana ayah menyayangi mak................Insyaallah kami akan jaga juga adik-adik yang masih dalam tanggungjawab mak ayah...Ayah, semoga roh ayah tenang dan mendapat keredhaan Allah...
Wednesday, February 25, 2009
Fadilat Ayat Kursi
Terlalu banyak Fadhilat AYAT KURSI yang dicatatkan berdasarkan hadith, antaranya:
*Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir setiap solat Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT (insya Allah drpd sekalian bala/bencana yg mungkin akan menimpa) sehingga solat yg akan datang (ayat pendinding paling efektif!).
*Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
*Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir solat Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
*Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap2 solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
*Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
*Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
*Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberikan pertolongan kepadanya.
Petik dari SRTAS YahooGroup
Saturday, February 21, 2009
Tuesday, February 17, 2009
Semalam lecture 518. Kengkawan international suma diberi article utk buat critical review n presentation. Tetiba jer kami 3 org fulltime hanya dpt tajuk, kene wat mcm parttime tp present dlm class international...ade ke patut.. Tapi tak pe, ni cabaran le namanye... bila x de skop khusus, lg senang.. suka sendiri je nk guna ape bahan pun n specific kan sendiri focus utk present. Nk tanya kt lecturer pun dia tu x brape invitating..
Kene tajuk making teaching interesting.. bnyk gak bhn... Assignment utk paper ni lak ESD:How does it affects Teacher Education.. Ramai gak cikgucikgi yg x tau ape ESD tu..Education for Sustainable Development.. Sy sndri pn x le tau ESD dulu..Klu dlm biologi, sipi-sipi content ESD ade le..Mane le tau ESD dh jd subjek yg tersendiri..Media massa pun dok kempen utk sustainable development.. iklan ttg alam sekitar tu misalnya...k, download dh siap n dh save pun..Sambung keje..
Sunday, February 15, 2009
Bagi saya yg jadi rakyat Perak, especially mastautin kat bandar diraja ni, ia ade makna lain.... Tarikh ni adalah tarikh majlis santapan diraja sempena jubli perak pemerintahan tuanku.... Bukannya dpt jemputan pun tp suasana di bandar ini amat berbeza sekali. Bab dihias indah tu satu hal lah tp bab security nya.... maklumla semua raja-raja melayu dijemput. Ditambah pulak jemputan diraja dari brunai n ntah mana-mana lg....
Kt kuale ni bagaikan pesta... siap ngan jualan macam nak raya kt arena square n di lembah. Kt sblh sayong lak ade panjut yang kurang sikit mcm masa majlis kawin raja nazrin dulu...
Sblh ptg smlm, lps g pasar sabtu kt Tsung Wah, kami bedua husband n wife g ipoh...melawat ayah yg dh lebih 2 bln dok kt spital. Smpt g sopping kt jusco. Blk tu singgah lembah.. saje suka tgk keindahan mlm di tepian sg perak.. Nntla uploadkn gmbr2 yg smpt diambil...
Saturday, February 14, 2009
Friday, February 13, 2009
International House. Pas magrib x nmpk bas pun. Kene le menapak smpi ke lecture hall kt blok E048 PPIP. Fuiyo... letih gak.
Lecture pasal research. Abis awal gak. Dlm 9.30pm. Dpt tips utk test next wk. Ramai yg x dtg lecture ni...Sambil tggu kawan, amik plak gambar masjid alwalid Khalid....mengimbau masa first degree dulu. Sronok gak join moree buka puasa kat semejid. Ni gambo nyer....
Oleh kerana dh lama x menapak turun naik bukit kampus tu, ari ni sakit n lenguhnye kaki... Sepanjang perjalanan pegi n balik, x putus2 kengkawan gebang pasal keje n skolah. Sronok gak dengo nye sbb saya sendri x payah peningkan kepala ngan beban n tanggungjawab di skolah. Sronok tul... Nnt le syer kemudian.