Friday, April 24, 2009

cerita ttg kematian

awal februari lalu, ketika menziarahi ayah di hospital ipoh, kami dikejutkan dengan berita kematian arwah pak lan... betul ke? tertanya-tanya.. betul-betul terkejut dan tak percaya... namun berita di TV mengesahkannya... perginya seorang insan yg sejak muda lg telah menunjukkan keberanian dan arah perjuangannya...

tanggal 25 februari, aku menerima panggilan kecemasan dari adik lelakiku....dalam perjalanan pulang ke rumah selepas cuci darah, nafas ayah terhenti.. ya Allah! segera aku berkejar dari kuala kangsar menuju emergency room hospital ipoh.. dalam perjalananku, adik bagitau ayah telah kembali ke rahmatullah... ya Allah, x tertahan lg air mataku mengalir.. terlupa seketika semua itu dh ditentukan Allah.. bagai tidak redha aku menangis ketika sedang memandu kereta.. terasa belum puas hidup bersama ayah.. belum sempat menemani dan menjaga ayah sepenuh masa.. aku sibuk dengan anak kecil dan ulang-alik study ke penang.. ayah dh pergi meninggalkan kami..selamanya...

bertemu dengan blog fajar seluas angkasa.. kisah kematian amir yusuf yg begitu pilu dan menyayat hati.. walau tidak pernah bersua dan tidak kenalpun sebelum ini, terasa ikatan kasihsayang begitu kuat buat amir yusuf dan keluarganya.. mungkin kerana diri ini pernah mengalami dugaan sebegitu walaupun terlalu kecil berbanding kisah mereka.. dengarnya mereka pulang seketika ke tanahair... moga terubat duka di hati...

14 april.. lepas exam, ku tgk sms... ya Allah, rakan baik adikku sejak kecil lagi, telah pergi dijemput Ilahi pada usia 36 tahun.. belum sempat berumahtangga.. kali terakhir berjumpa dengannya ketika arwah ayah meninggal. x dpt aku pulang ke ipoh kerana masih ada exam hari khamis berikutnya...

abis exam 16 april, amik adik kt kulim utk balik sama... x jd naik bas kerana berita 6 mati accident bas 2 tingkat masih fresh lagi.. pas tu tambah lg berita 3 beranak mati rentung dilanggar bas ekspress. takut jadinya... trend kt mesia ni, kejadian selalu bermusim.. klu kes banjir, banjir sana sini. kes buang ank pun sama. bila accident, sana sini mati.. jd cuba elak dari masuk statistik accident bas... heee..ajalmaut Allah dh tentukan...

17 april... jumaat pagi... ada kematian di rumah jiran, selang dua buah rumah. terkejut juga, sapa pulak yg meninggal. setahuku ustazah sekeluarga x de yg sakit kebelakangan ni.. rupa-rupanya, pak sedara ustazah.. hampir 61 tahun, masih bujang.. sakit ****** sejak berusia 19 tahun.. sehari sebelum tu arwah terjatuh di rumahnya seorg diri..adiknya memberitahu ustazah. dibawa ustazah ke sini utk berjumpa doktor kerana arwah luka-luka akibat terjatuh... arwah meninggal pd sebelah malam ketika semua sedang tidur... aku berada bersama ustazah sehingga jenazah dibawa pergi utk dikebumikan.. hadirku sebagai jiran dan teman, memberi sokongan moral buat ank saudara arwah yg begitu menyayangi adik arwah ibunya..

18 april.. sayup dibawa angin dari corong loudspeaker masjid, berita kematian lg... di taman kediaman ini juga.. sapa pulak?? suami cikgu maimunah.. dh sakit beberapa tahun.. sabtu pagi, suami kerja, ade function..sejak pg dh kuar.. jd bawa 2 hero teman mak...blh bacakan Yaasin sama. ramai rakan guru selain jiran2 ada di sana.. sewaktu jasad diangkat utk dimandikan, masih bnyk darah basah di pembaringan... arwah baru saja di-operate.. buah pinggang rosak selain baru detect cancer..

masa bertemu teman, bercakap ttg kematian semalam.. kak maznah x tahu kerana dia sendiri pergi ke ipoh kerana kematian saudaranya.. kerana kanser kut... usia sebayaku... sedihnya bila dengar yg pergi meninggalkan ank2 yg masih kecil..

rasa macam ramai beno org2 yg kukenal, yg kusayang telah pergi mengadap Allah... peringatan depan mata semuanya... terfikir juga tentang diri sendiri... terkenangkan anak-anak yg masih kecil.. yg masih memerlukan kasih ibu walau ibu depa ni blum dpt jd ibu mithali.. terfikir ttg risiko perjalanan jauh yg kerap ku tempohi. Selama 2 semester berulangalik ni pun, dah beberapa kali aku menyaksikan kemalangan di jalan raya.. termasuklah kemalangan masa ulangalik ke ipoh dan 2 kemalangan masa di highway pada hari arwah ayah meninggal..

risaunya aku.. rasa belum bersedia menghadapi maut.. masih ade exam pd hari isnin 20 april... selamat sampai ke penang hari sabtu malam... pagi ahadnya...........arghhh!
charger laptop plak mati..... bagai menengok moniter nadi jantung tu, mengharapkan lampu pd charger menyala semula... lama mencuba.. masih x kecewa... nape le x nyala nih... siap bukak fius lg kut fius terbakar... x nmpk le pulak... cuba guna adapter pam ****, bekedip-kedip le sket indicator utk bateri laptop tp power yg masuk hanya 12v sedangkan adapter laptop supply 19v. mana cukup... bukan masalah laptop rasanya. mungkin masalah adapter..hakikat ku trima.. mujurlah yg mati bukan aku, tp adapter laptop aku... Allah baru menduga sket jer... ari senayan (isnin kata org perak), selamat sampai ke kuala. Alhamdulillah.. mak anak2 masih pulang bernyawa..

kisah kematian ini memberi pengajaran betapa mati itu sangat hampir... dan akan tetap tiba apabila sampai masanya.. bekalan apa yg akan dibawa???

Tuesday, April 21, 2009

mAtiiiii

asalnye nk buat n3 ttg kematian... tetiba jer charger laptop wat hal.. x mau nyala. bateri laptop pun dh out.. hibernate.. sedihnye... nk buat cpr kt charger tu x leh plak... akhirnya charger laptop aku lak mati... sedih tul....dh la time kengkawan email soklan target utk final... tp mujur la yg 'mati' tu charger laptop jer... abih2 pun kna burn duit bli yg baru...

citer ttg kematian, ramai jugak org yg ku kasihi, ku kenal, pergi mengadap ilahi.. nnt la post kmdn...

Thursday, April 16, 2009

rindu nyerr!!!

ari ni dah selesai paper kedua.. tinggal 1 paper je lg isnin nanti... balik kampung dulu...rindu kat anak-anak espeseli yg kecik tu..asyik tgk muka nakal dia kt hp jerr. ni dia...
take a break dulu... pas exam sambung lagi....

Tuesday, April 14, 2009

Kebesaran Allah dalam Penciptaan Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Allah telah berfirman di dalam al Quran:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa api neraka."
(Ali Imran: 190&191)

Benar, tidak ada sesuatu pun yang diciptakan Allah secara sia-sia. Segalanya mempunyai hikmah yang hanya mampu dibongkar oleh orang-orang yang berakal.

Siapakah orang yang berakal tersebut? Sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat di atas, mereka itulah orang yang sentiasa mengingati Allah di mana sahaja berada serta memikirkan keagungan Allah melalui penciptaanNya.

Lihatlah kebesaran Allah dalam penciptaan buah-buahan dan sayur-sayuran ini. Subhanallah!
A sliced carrot looks like the pupil and iris of human eye...and yes, science now shows that carrots greatly enhance the function of eyes.
A tomato has four chambers and is red. The heart is also red and has four chambers. Research shows that tomatoes are good for the heart.
A walnut looks like a little brain, a left and right hemisphere, upper cerebrum and lower cerebellum. Even the wrinkles or folds on the nut just like the cortex. We now know that walnuts help to develop over 3 dozen neuro-transmitters for the brain function.
Kidney beans actually help to maintain the kidney function and yes, they look like exactly the human kidneys.

Celery, Bok Choy, Rhubarb and more look just like bones. These food specifically target bone strength. Bones are 23% sodium and these food are 23% sodium. If you don't have enough sodium in your diet the body pulls it from the bones, making them weak. These food replenish the skeletal needs of the body.
Avocadoes and pears target the health and function of the womb and cervix of the female - they look just like these organs. Today's research shows that when a woman eats 1 avocado a week, it balances hormones, sheds unwanted birth weight and prevents cervical cancers.

Figs are full of seeds and hang in two when they grow. Figs increase the motility of male sperm and increase the numbers of sperm cells to overcome male sterility.
Oranges and other citrus fruits look like the mammary glands of the female and actually assist the health of the breasts and the movement of lymph in and out of the breasts.

Onions look like body cells. Today's research shows that onions help to clear waste materials from all of the body cells. They even produce tears which wash the epithelial layers of the eyes.

Sweet potatoes look like the pancreas and actually balance the glycemic index of diabetics.

Olives assist the health and function of the ovaries. They look just like the ovaries.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan??

dipetik dari azansubuhkhamis - mudah utk baca terus, tak perlu masuk link sana-sini

Monday, April 13, 2009

kasih abadi..membawa ke syurga


alhamdulillah....pepagi lg bila check email, dpt greenlight dari bumi glasgow..
hajat utk berkongsi 'visual'....gambar... hanya sebahagian yang di'sedut' dari fajar seluas angkasa. kerna hati ini begitu tersentuh oleh betapa kuatnya kasih sayang yang dapat dirasai dalam 'shot-shot' kehidupan itu....




Kasih ibu membawa ke syurga. Betapa rindunya rasa untuk mendakap tubuh kecil itu...tak dapat diluahkan dengan kata-kata..




kasih bonda yang tidak pernah pudar...sayang bonda yang berkekalan...




betapa kasih dan sayangnya kanda najla buat dinda amir yusuf... insyaAllah kasih sayang kalian berkekalan..



Namun Allah lebih menyayangi insan kecil yang suci dari segala dosa itu...tamatlah segala derita dan sengsara yang dialami tubuh kecil itu...



semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh amir yusuf...berbahagialah dikau di sana..dan semoga keluarga ini disatukan kembali di akhirat kelak...

Sunday, April 12, 2009

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Oleh Fatimah Busu
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.

"Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?"
"Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki ... tiga empat orang "
"Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami."
"Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri."
"Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita."
"Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini ?"
"Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?"
"Kenal abah"
"Berapa orang ?"
"Empat "
"Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?"
"Seorang saja yang lain tidak tahu."
"Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report ! "
"Huuuuu dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! "
"Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut, tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!"
"Baju kita ini pun nampak pusat juga!"
"Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat."


9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks - video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.

"Hah! Padan muka si Saman tu megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata kampung anak jadi pegawai!"
"Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji."
"Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras macam tu. Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai pulak tu, bukan seorang-seorang."
"Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!"
"Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama."
"Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua puluh empat jam ! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video lucah di mana-mana. Tv pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya hendak kawal semuanya!"


8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.

"Macam mana ayahnya! Sudah lima hari dia tak balik-balik saya runsing sangat!"
"Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya kawan-kawan dia. Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah di mana lagi !"
"Esok saya nak pergi jumpa bomoh tentu bomoh tahu."
"Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap haribulan, syirik."
"Habis ?"
"Kikta tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah."


7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.

"Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah bantu ibu bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!"
"Dunia sekarang memang kejam, puan anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?"
"Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik."
"Dia kerja apa di KL, tu?"
"Katanya pegawai eksekutif syarikat ."
"Syarikat apa, puan?"
"Kalau tak silap syarikat import eksport katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar bosnya baik selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali."
"Oh?"


6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.

"Hei anak bertuah! Kautengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?"
"Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?"
"Kaucakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?"
"Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok video tak bolehkah? Masakan kena duduk terkelepuk di rumah dua puluh empat jam?"
"Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!"
"Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah? Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?"
"Dia tu bekerja, bukan?"
"Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?"


5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.

"Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. Yang Berhormat tentu ada konteks dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica! Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buat apa lagi untuk membebaskan anak kami."
"Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil ! Lagipun dia ditahan di Jamaica... ada bukti kukuh dadah itu ada dalam beg pakaian dia."
"Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena nyanya teman lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak bolehkah?"
"Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu."


4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.

"Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?"
"Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!"
"Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?"
"Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline."
"Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!"
"Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan api! Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging babi!"
"Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?"
"Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi!"
"Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?"
"Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak mereka lagi."
"Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?"
"Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!"
"Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?"
"Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas di belakang, tu."
Krrrrrrrreeeeeeeeooooookkkk!!! Bummmm!!!
"Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!"
"Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!"
"Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh ! Tak sempat brake!"
"Ah, ada yang parah nampaknya satu lagi nampak okey ."
"Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?"
"Bawa kawan saya keluar, dulu saya okey. Saya boleh keluar sendiri."
"Mari kita angkat dia ramai-ramai jaga kaki dia terkepit. Ah, dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati ! Ah, letak atas rumput di sini."
"Aaaarrrrgggg aaarrrrgggg .."
"Masni Mas Mas mengucap mengucap Mas ."
"Aaarrrggg aaarrrggg ."
"Mengucap Mas ikut saya, mengucap ... Laaa ilaaa haillallah Laaaa ilaaa haillallah ."
"Laaaa ilaaaa ."
"Kata, Laaa ilaaa haillallah Mas ! Kata, Laaa ila haillallah ."
"Laaa ilaaa ."
"Massss sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss ! Masss sebut Laaa ilaaa haillallah."
"Dia sudah tidak ada lagi dek "
"Masss sebut Laaa ilaaa haillallah Masss sebut "
"Dia dah tak ada, dek dah tak ada lagi !"
"Ah, Mas Mas mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss Laaa ilaaa,tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan !"
"Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?"

"... Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (Pimpinan al-Rahman, al-Baqarah ayat 217, hal.67)

"Menurut hukum faqeh, orang lelaki yang murtad boleh dihukum bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan " (Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976, hal.238)


3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.

"Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu. Padan muka sudah kena tangkap."
"Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik sampah, buang dekat tong sampah."
"Dia ingat dia bijak ! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia."
"Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang bayi."


2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.

"Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak tu ! "
"Nak hairan apa, sudah jadi tren orang sekarang. Jadi Mat Rempit, jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?"
"Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah lagi. Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!"
"Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh duduk di situ sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman lagi. Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja. Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak tahu dosa pahala!"


1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati

"Janganlah kamu membunuh diri kamu /membunuh sesama orang Islam. Sesungguhnya Allah menyayangi kamu. Dan barangsiapa yang berbuat demikian secara menentang dan menganianyai diri, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka, dan hal yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (Pimpinan al-Rahman, an-Nisa, ayat 29-30, hal.155)


Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh. Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan.

--------------------------------------------------
BIODATA: Dr Fatimah Busu
PENGARANG veteran wanita ini mewarnai dunia sastera tanah air sejak 41 tahun lalu dan pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM). Antara karyanya, Koleksi Cerpen Al-Isra (10 cerpen) membawa persoalan falsafah, politik, agama, unsur mitos dan lagenda dalam sastera Melayu tradisional dengan tanggapan baru. Kumpulan Cerpen Lambaian Tanah Hijau memuatkan 15 cerpen dengan tema kritik sosial dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Belanda, Tamil, Perancis, Mandarin, Jerman dan Vietnam. Kumpulan Puisi Apa Ada Di Sana (2003), AntologiCerpen Keajaiban Alam (2004) manakala novelnya, Ombak Bukan Biru (1977), Kepulangan (1980), Salam Maria (2004), The Missing Piece - Bahagian I (2005) dan The Missing Piece - Bahagian II (2006) turut mendapat perhatian pengkaji.

Saturday, April 11, 2009

iktibar kehidupan

semalam aku berkongsi kisah arwah amir yusuf dengan anak-anakku.. menunjukkan kepada anak keduaku bagaimana dia pernah melalui sebahagian kecil dari pengalaman arwah amir..menunjukkan bagaimana kasihnya kedua-dua ibubapa arwah terhadap anak-anak mereka juga kasihnya kami terhadap anak-anak kami..

lalu terfikir pula untuk mengabadikan sebahagian kecil gambar-gambar dalam fajar seluas angkasa untuk dikongsikan dalam blog ini... hanya menunggu keizinan dari saudara fajar..

Monday, April 6, 2009

kisah alam siber - amir yusuf - alfatihah...

ku jejak blog-blog yg diikuti.. bertemulah aku dengan fajar seluas angkasa...thanks ilya. Link ilya bawa kak ke sana. saja nk tgk apa yg ade dlm blog tuh.. ya Allah! sedih dan pilunya membaca catatan2 kisah arwah amir yusuf. Betapa besarnya dugaan yg ditempuh anak kecil itu dan keluarga mereka. terasa begitu kehilangan.. akupun turut mengalir air mata pilu...

Buat anis dan fajar, serta kanda amir yusuf, najla... semoga kalian dirahmati Allah. tabahlah menghadapi dugaan Allah.. InsyaAllah kalian akan disatukan kembali di sana nanti... kehilangan amir yusuf dan kekosongan yg dirasai tak mungkin dapat diganti..

mungkin pengalaman diri sendiri menyebabkan aku begitu pilu dan syahdu membaca kisah mereka.. walaupun dugaan yg aku tempuh tidak sehebat mereka.. kisah anak keduaku yg lahir tidak cukup bulan dan kene lung infection. melihat tubuh kecil dicucuk sana-sini, disambung tiub di sana-sini.. tangisan yg tak tertahan hati sanubari seorang ibu mendengarnya.. dengan alat-alat sokongan hayat yang berkedip-kedip dan bebunyi-bunyi.. menghitung setiap detik dilalui dengan penuh siksa. melihat tiga tubuh lesu dan kaku dibawa keluar utk disemadikan.. ya Allah, tuhan yg tahu apa yg kurasai ketika itu... hati kecilku sentiasa berdoa dan memohon kasih dan rahmat Allah supaya anakku segera sembuh dan keluar dari tempat menakutkan itu...

Alhamdulillah, kini anakku itu telah berusia 10 tahun... terkenang rakannya ketika di wad SCN tersebut.. anak yg dilahirkan oleh pasangan buta, si ibu pergi dijemput Ilahi... dan si anak ditinggalkan tanpa waris beberapa hari... aku mendengar perbualan nurse2 dan doktor2 ttg bby tu.. mereka fikir mkin si bapa enggan menuntut bayi itu..mkin kerana si ibu meninggal kerana melahirkan bayi itu.. dan mkin bapa tersebut menyalahkan bayi itu... lepas bbrp hari, muncul bbrp wanita menuntut bayi tersebut. Ade dari keluarga si ibu dan ade dari sebelah ayah. Barulah diketahui bahawa si ayah juga buta dan tidak mampu datang menuntut bayinya. kerana kemiskinan juga, mereka tidak membuat keputusan siapa yg akan membawa anak itu pulang. sebelum dibawa keluar, masalah lain timbul. tiada susu utk bby itu.. botol susu pun tidak ada.. aku terharu mendengarnya. kesian bby tu, tak sempat nk merasai susu ibunya sendiri.. membesar tanpa belaian ibu... terasa ingin saja aku susukan bby tu tapi memikirkan anak sendiri pun belum rasa susu ibunya, niat baikku dipendam begitu saja...

buat ibu bapa yg sedang diuji Allah dengan dugaan sebegini, bersabarlah... teruskan berusaha dan berdoa semoga anak-anak kita cepat sembuh.. jika ditakdirkan Allah lebih menyayanginya, redhakan lah anak itu pergi dijemput Ilahi..

buat ibu bapa yang dikurniakan anak-anak yang sihat, bersyukurlah dan didiklah anugerah Allah ini sebaik mungkin..

mungkin bicara di blog juga dapat kita saling mengingatkan antara satu sama lain. kisah gembira mahupun kisah duka..

Wednesday, April 1, 2009

Ni minggu akhir sem 2. Tinggal lg 2nd test utk 501 sblm final on 14, 16 n 20 ni... Esok ptg test nyer... Assignment n presentation sume dh settle.. markah???? Banyak cabaran n dugaan ditempuh dlm sem ni... dengan arwah ayahanda warded sejak sblm sem bermula... hinggalah pemergiannya lebih sebulan lalu. Dengan baby kecil yang memerlukan susu ibunya... Now dh nak masuk 6 bulan... anak-anak yang bersekolah.. sorang tadika 4 tahun, sorang tahun 1, thn 4 n form 1. Sumanya dgn alam baru persekolahan. Yg thn 4 tu pun baru this year start ko-knya, masuk angklung la...x kira lg routine g taekwondo n sbgnya. Nama je cuti belajo penuh masa tp bnyk beno halnyer... heeee, termasuklah memblog ni...;-))) blog ni slh satu cara nk release tension, mcm buat reflection, tuleh jurnal... dh dok umh n ulgalik belajo, bukannya ade kwn sgt.. suma main cal n chat ghupa ni jer.. chat kt facebook.. tu pun utk keep in touch sesambil download bhn study n forum on line ngan lecturer.. heeee, udah le merapu ni....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin