Friday, April 24, 2009

cerita ttg kematian

awal februari lalu, ketika menziarahi ayah di hospital ipoh, kami dikejutkan dengan berita kematian arwah pak lan... betul ke? tertanya-tanya.. betul-betul terkejut dan tak percaya... namun berita di TV mengesahkannya... perginya seorang insan yg sejak muda lg telah menunjukkan keberanian dan arah perjuangannya...

tanggal 25 februari, aku menerima panggilan kecemasan dari adik lelakiku....dalam perjalanan pulang ke rumah selepas cuci darah, nafas ayah terhenti.. ya Allah! segera aku berkejar dari kuala kangsar menuju emergency room hospital ipoh.. dalam perjalananku, adik bagitau ayah telah kembali ke rahmatullah... ya Allah, x tertahan lg air mataku mengalir.. terlupa seketika semua itu dh ditentukan Allah.. bagai tidak redha aku menangis ketika sedang memandu kereta.. terasa belum puas hidup bersama ayah.. belum sempat menemani dan menjaga ayah sepenuh masa.. aku sibuk dengan anak kecil dan ulang-alik study ke penang.. ayah dh pergi meninggalkan kami..selamanya...

bertemu dengan blog fajar seluas angkasa.. kisah kematian amir yusuf yg begitu pilu dan menyayat hati.. walau tidak pernah bersua dan tidak kenalpun sebelum ini, terasa ikatan kasihsayang begitu kuat buat amir yusuf dan keluarganya.. mungkin kerana diri ini pernah mengalami dugaan sebegitu walaupun terlalu kecil berbanding kisah mereka.. dengarnya mereka pulang seketika ke tanahair... moga terubat duka di hati...

14 april.. lepas exam, ku tgk sms... ya Allah, rakan baik adikku sejak kecil lagi, telah pergi dijemput Ilahi pada usia 36 tahun.. belum sempat berumahtangga.. kali terakhir berjumpa dengannya ketika arwah ayah meninggal. x dpt aku pulang ke ipoh kerana masih ada exam hari khamis berikutnya...

abis exam 16 april, amik adik kt kulim utk balik sama... x jd naik bas kerana berita 6 mati accident bas 2 tingkat masih fresh lagi.. pas tu tambah lg berita 3 beranak mati rentung dilanggar bas ekspress. takut jadinya... trend kt mesia ni, kejadian selalu bermusim.. klu kes banjir, banjir sana sini. kes buang ank pun sama. bila accident, sana sini mati.. jd cuba elak dari masuk statistik accident bas... heee..ajalmaut Allah dh tentukan...

17 april... jumaat pagi... ada kematian di rumah jiran, selang dua buah rumah. terkejut juga, sapa pulak yg meninggal. setahuku ustazah sekeluarga x de yg sakit kebelakangan ni.. rupa-rupanya, pak sedara ustazah.. hampir 61 tahun, masih bujang.. sakit ****** sejak berusia 19 tahun.. sehari sebelum tu arwah terjatuh di rumahnya seorg diri..adiknya memberitahu ustazah. dibawa ustazah ke sini utk berjumpa doktor kerana arwah luka-luka akibat terjatuh... arwah meninggal pd sebelah malam ketika semua sedang tidur... aku berada bersama ustazah sehingga jenazah dibawa pergi utk dikebumikan.. hadirku sebagai jiran dan teman, memberi sokongan moral buat ank saudara arwah yg begitu menyayangi adik arwah ibunya..

18 april.. sayup dibawa angin dari corong loudspeaker masjid, berita kematian lg... di taman kediaman ini juga.. sapa pulak?? suami cikgu maimunah.. dh sakit beberapa tahun.. sabtu pagi, suami kerja, ade function..sejak pg dh kuar.. jd bawa 2 hero teman mak...blh bacakan Yaasin sama. ramai rakan guru selain jiran2 ada di sana.. sewaktu jasad diangkat utk dimandikan, masih bnyk darah basah di pembaringan... arwah baru saja di-operate.. buah pinggang rosak selain baru detect cancer..

masa bertemu teman, bercakap ttg kematian semalam.. kak maznah x tahu kerana dia sendiri pergi ke ipoh kerana kematian saudaranya.. kerana kanser kut... usia sebayaku... sedihnya bila dengar yg pergi meninggalkan ank2 yg masih kecil..

rasa macam ramai beno org2 yg kukenal, yg kusayang telah pergi mengadap Allah... peringatan depan mata semuanya... terfikir juga tentang diri sendiri... terkenangkan anak-anak yg masih kecil.. yg masih memerlukan kasih ibu walau ibu depa ni blum dpt jd ibu mithali.. terfikir ttg risiko perjalanan jauh yg kerap ku tempohi. Selama 2 semester berulangalik ni pun, dah beberapa kali aku menyaksikan kemalangan di jalan raya.. termasuklah kemalangan masa ulangalik ke ipoh dan 2 kemalangan masa di highway pada hari arwah ayah meninggal..

risaunya aku.. rasa belum bersedia menghadapi maut.. masih ade exam pd hari isnin 20 april... selamat sampai ke penang hari sabtu malam... pagi ahadnya...........arghhh!
charger laptop plak mati..... bagai menengok moniter nadi jantung tu, mengharapkan lampu pd charger menyala semula... lama mencuba.. masih x kecewa... nape le x nyala nih... siap bukak fius lg kut fius terbakar... x nmpk le pulak... cuba guna adapter pam ****, bekedip-kedip le sket indicator utk bateri laptop tp power yg masuk hanya 12v sedangkan adapter laptop supply 19v. mana cukup... bukan masalah laptop rasanya. mungkin masalah adapter..hakikat ku trima.. mujurlah yg mati bukan aku, tp adapter laptop aku... Allah baru menduga sket jer... ari senayan (isnin kata org perak), selamat sampai ke kuala. Alhamdulillah.. mak anak2 masih pulang bernyawa..

kisah kematian ini memberi pengajaran betapa mati itu sangat hampir... dan akan tetap tiba apabila sampai masanya.. bekalan apa yg akan dibawa???

8 comments:

  1. Kematian datang tak mengikut usia. Balik seblm exm hari tu adik2 ad citer budak2 hoki xcden. Sorang mati, 3 koma, skrang xtau apa citer. Lepas tu kawan call bgtau ad kawan dkt n9 budak hoki jugak meninggal, xcdn jugak.

    ReplyDelete
  2. budak hoki usm ke? innalillah...depa trip sendiri ke?

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Begitu banyak kematian berlaku di depan mata. Dan dalam berbagai keadaan pula, malah terkadang tak disangka. Membaca entri ini terfikir, bagaimanakah akhir hayat hidup kita pula? Wallahua'lam. Moga-moga, dipanggil dalam keadaan yang baik-baik segalanya... InsyaAllah, ameen...

    ReplyDelete
  4. Salam Ami....sesungguhnya kematian itu datang bila sampai waktu...dan tidak ianya tertangguh biarpun sesaat...

    Masa mereka telah pun ditentukan...waktu kita masih belum tau...bagaimana...dan di mana...

    Alfatihah buat semua yang pergi...

    ReplyDelete
  5. semakin meningkat usia, semakin pendek umur kita, semakin dekat dengan kematian. Ya, rasa belum bersedia..takut! Doa dan harapan semoga kita dijemputNya dalam keadaan kita bersedia..mudah2 an..

    ReplyDelete
  6. anie,
    ajal maut di tgn Allah..apa bekalan yg akan dibawa???

    ReplyDelete
  7. kin hashim,
    harap-harapnya kita dpt buat persediaan secukupnya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin