Adakah anda mengalami kemurungan??? kenali apakah kemurungan...
Kemurungan
From WikiJump: Kemurungan atau depression adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh keluarga. Kemurungan juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. Ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simptom-simptomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.Individu murung didapati mengalami perubahan dalam sistem otak. Perubahan ini boleh dicetuskan oleh penyakit fizikal, tekanan, kekecewaan atau kesedihan. Selain persekitaran, faktor keturunan juga antara penyebab penyakit ini. Sindrom kemurungan adalah penyakit ‘seluruh jasad’, melibatkan kesihatan badan anda, perasaan dan fikiran. Ia juga menjejaskan tabiat makan dan tidur, fungsi seharian dan proses berfikir.
Sejarah kemurunganHippocrates menyifatkan melankolia sebagai satu penyakit yang berkaitan dengan simptom-simptom yang berkaitan dengan mental dan fizikal. Beliau menyifatkan semua ketakutan dan kemurungan yang mana jika berlanjutan dengan lama merupakan sebagai satu tanda sesuatu penyakit. Ianya sama tetapi konsepnya lebih luas berbanding dengan kemurungan yang terjadi pada masa kini. Keutamaan diberikan kepada kelompok simptom seperti kesedihan, kesugulan dan kemurungan dan selalunya termasuk sekali dengan ketakutan, kemarahan, khayalan dan obses.
Perkataan kemurungan atau depression adalah diambil daripada perkatan Latin “to press down”. Sejak abad ke-14, “to depress” merujuk kepada penaklukan atau menjatuhkan jiwa (spirit). Kini kemurungan atau depression juga digunakan dalam fisiologi dan ekonomi. Sejak Aristotle, melankolia berkait rapat dengan lelaki tentang pembelajaran dan kebijaksanan intelektual, risiko pertimbangan dan kreativiti. Konsep terbaru telah meninggalkan kaitan ini dan melalui abad ke-19, ianya lebih berkait rapat dengan wanita. Walaupun melankolia masih digunakan sebagai perkataan diagnostik yang utama, kemurungan atau depression telah meningkat penggunaannya dalam perubatan dan sama maksud dan penggunaannya dipenghujung abad.Di pertengahan abad ke-20, pengkaji-pengkaji telah membuat teori bahawa kemurungan adalah disebabkan oleh ketidakstabilan bahan kimia di dalam neurotransmitter di dalam otak, teori yang berdasarkan pemerhatian yang dibuat pada tahun 1950an tentang kesan reserpine (ubat mencegah penyakit darah tinggi dan merawat simptom diskinesia dalam pesakit Penyakit Huntington) dan isoniazid (ubat mencegah dan merawat tuberculosis yang disebabkan oleh Mycobacterium Tuberculosis) mengubah aras monoamine neurotransmitter dan memberi kesan kepada simptom-simpton kemurungan.
Jenis-jenis kemurungan.
Reaktif paling biasa terjadi disebabkan oleh trauma dan pulih dengan segera. Endogenous tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan seharian faktor tidak jelas dan mungkin disebabkan oleh genetik Penyakit bipolar (bipolar disorder)penyakit kemurungan dan mania Simptom-simptom kemurungan kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan. hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan. cepat rasa letih dan tidak bertenaga.perasaan pesimistik dan mudah berputus asa. perasaan bersalah dan tidak berguna.gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur. hilang selera makan dan penurunan berat badan.“rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.rasa tidak tenteram dan mudah marah. kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan. simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.
Mengapa seseorang mengalami kemurungan
kemurungan boleh berlaku dalam keluarga. peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan, contohnya: kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa. penyakit kronik, contohnya: sawan, asma dan kanser.risiko kemurungan boleh meningkat dengan penyakit neurologi seperti strok, Penyakit Parkinson (Parkinson’s disease) atau multipel sklerosis.dan juga tahun pertama selepas melahirkan anak. ciri-ciri peribadi seperti tidak ada keyakinan diri. penyalahgunaan dadah, contohnya steroids, ubat cegah kanser dan sebagainya.
Mencegah kemurungan
belajar menjadi tenang dan bersabar jangan terlalu ‘high expectation’ sehingga sukar dicapai rancang tugas agar teratur jangan terlalu mengharapkan sesuatu elakkan bersendirian..habiskan masa dengan orang yang tersayang libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfikir secara positif setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnya secara objektif. Ataupun mengambil keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai. tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasiberusaha dengan membantu diri anda sendiri dengan sebaik mungkin jangan menyalahkan diri sendiri jika menemui kegagalan Jika anda mengenalpasti diri berada dalam kemurungan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor atau ahli psikologi bagi membantu anda.
Ubat-ubatan
anti-kemurungan ubat anti-kerisauan dan sedatif
kat rmm yang glemer nagn kemurungan adalah mr. kokk
ReplyDeletedie gtau sume org mase mesy die kemurungan..
sian die dah la tua..
naseb badan.
Selalu orang yang murung ni memang boleh nampaklah...
ReplyDeleteAda juga kemurungan yang tak boleh nampak - ni lagi bahaya....
Terima kasih berkongsi artikel ini...
Kadang-kadang saya kemurungan juga (^_^)
ilya,
ReplyDeletemr kok tu dh bbrp taOn amik ubat tido...sian dia. nampak sabo n baik jer tp dlm dirinya sapa yg tau...mujurla kita ni ada Islam.. insyaallah ada cara menenangkan fikiran..
balqis,
ReplyDeleteyg murung nampak tu, mungkin org terdekat bleh bantu tp yg x nmpk tu mmg bahaya.. tu yg sampai cuba bunuh diri n mcm2 lg.. yg jenis pendam perasaan je..sekali meletup tekezut suma org...mgkin bg yg kuat sixth sense nya bleh mbantu...
hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang...
ReplyDeleteye, Allah saja yang maha mengetahui, tempat untuk mengadu, meminta pertolongan. Allah juga yang menjadikan insan-insan lain yg menjadi penyeri hidup, membahagiakan hidup kita..
ReplyDelete