Sunday, June 7, 2009

burung

burung-burung berterbangan
angin pagi bertiupan
sang suria mula memancar
menyinari alam yang indah
insan di dunia mula tersedar
sehari lagi umur meningkat
yang telah pergi takkan kembali
yang masih hidup terus berbakti
jangan takut pada mati
kalau beriman yang suci
kubur insan bukan perhentian rohani
tapi perhentian jasmani
wahai orang-orang beriman
inilah pepatah pujangga
apa yang telah diberikan
oleh insan bijaksana
mari insan mari semua
kau dan aku bertadah tangan
memohon doa pada Ilahi
moga selamat hidup dan mati
***pernah dengar lagu ni??? mungkin ade yg dah ter'ubah' liriknya.. ni pon kategori lagu lama...

7 comments:

  1. lirik lagu hijjaz ni...
    tajuk lagu 'pepatah pujangga'..

    errr.. ada beberapa kesalahan di situ ya... (wahh!! mcm cikgu pulak)..
    biar saya tulis lirik yg betul ya (mcm cikgu sekali lagi)..

    Burung-burung berterbangan
    Angin pagi bertiupan
    Sang suria mula memancar
    Menyinari alam semesta

    Insan di dunia mula tersedar
    Sehari lagi umur bertambah
    Yang dah pergi akan di ganti
    Yang masih hidup terus berbakti...

    Jangan takut pada mati
    Jika beriman bertaqwa
    Kubur bukan perhentian rohani
    Tapi perhentian jasmani

    Wahai orang-orang beriman
    Inilah pepatah pujangga
    Kata yang telah diberikan
    Dari insan bijaksana

    Mari insan mari semua
    kau dan aku Menadah tangan
    Memohon doa pada Ilahi
    Agar selamat hidup dan mati

    sekian

    ReplyDelete
  2. insaf bc lirik neh. :D result ok!~ pointer nek sket lps merundum teruk sem lps. result ckg dh kuar?

    ReplyDelete
  3. thanks chime... bnyk gak kesilapan lirik tu... mungkin hijjaz dh bagi nafas baru kt lagu tu... ia lagu lama zaman kak kecik2 dulu..hijjaz pon blom ujud lagi. tq-tq.

    syafa, cc, kak dh sedut lagu tu versi hijjaz dari utiub..thanx 2 chime.

    kin, hingga pagi ni, 8.6.09 lum ade ape2 result lg..tension tui.

    ReplyDelete
  4. Eh! betul tu lirik asal lagu tu..
    Lagu A Ramlie kut..org Singapore tu..A ke L ke M Ramlie xtau ler tapi for sure bukan P Ramlee..! hee
    Nape tetiba ingat burung berterbangan nih! hee

    ReplyDelete
  5. burung ape? *** burung ape? *** burung ape? ***

    posa dan raya kali ni nanti, tanpa ayahanda yg dikasihi.... sayu dan hiba rasanya....

    reza, hehehe..... ni le citer yg dijanjikan... nyanyi sket..

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin