Thursday, June 25, 2009

CiNTa

dengan cinta, benda pahit menjadi manis
dengan cinta, barangan tembaga menjadi emas
dengan cinta, hampas menjadi bersih
dengan cinta, sakit menjadi sembuh

dengan cinta, penjara menjadi taman
tanpa cinta, taman menjadi gersang
dengan cinta, batu menjadi cairan
tanpanya, lilin menjadi keras seperti waja

dengan cinta, penyakit dibawa kepada sihat
dan bencana bertukar kepada rahmat
dengan cinta, yang mati dihidupkan semula
dengan cinta, raja dijadikan hamba

sedut dari ms 95 buku jalaludin rumi...






13 comments:

  1. Dengan CINTA manusia mengenal Pencipta,
    Malah dengan CINTA manusia mengikut Syaitan,
    Dengan CINTA manusia menempah Syurga,
    Bahkan dengan CINTA manusia mendiami Neraka.

    ReplyDelete
  2. pilih baris 1 ngan 3 je....2 ngan 4 x nak.

    ReplyDelete
  3. salam..

    cinta terlalu luas maknanya. tak terlihat oleh mata.. tak terdengar oleh halwa. cuma getarnya yg tetap rasa.

    dengan cinta, aku terikat tanpa tali
    dengan cinta, aku berdiri tanpa bumi
    dengan cinta, aku berkata tanpa suara
    dengan cinta, aku menangis tanpa airmata

    ReplyDelete
  4. er..nak menyampuk jugak!
    denagn cinta manusia ke toilet,
    tanpa cinta manusia ttp akn ke toilet,
    kesimpulannya,
    manusia ttp hambaNya yg lembik dan lemah
    kan?

    (er,takde kaitan ngn CINTA la kak)..heheheehe

    ReplyDelete
  5. hmm dgn cinta apa yg dinyatakan boleh jugak jadi sebaliknya...
    manis jadi pahit..
    emas boleh kadi tembaga...
    bersih boleh menjadi hampas...
    sihat boleh menjadi sakit...

    Apa yg lebih hebat dari cinta (selain kuasa Allah)... yg boleh mengubah manusia menjadi manusia yg lain secara total... dan boleh mengubah manjadi manusia yg lain juga secara total....

    semoga cinta-cinta yg kita miliki... cinta yg diberkati...

    ReplyDelete
  6. hargailah cinta selagi ia membantu kita menjadi hambaNYA
    tetapi musnahlah cinta yang ada sekiranya ia menjurus kearah kemusnahan...

    ReplyDelete
  7. dengan cinta, kentut yg busuk pun boleh jadi wangi..muahahaa

    ReplyDelete
  8. benar-benar belaka... err iqbal wat ape tu???

    puisi ni sebenarnya digambarkan oleh penulis buku tu yg menunjukkan tahap kecintaan yg tinggi pada Khalid Rabbul Jalil...

    tapi saya rasa boleh apply juga utk cinta-cinta yang ade di bumi ni.... cinta anak pd ibubapa, mak bapak kepada anak, cinta pada isteri/suami, cinta pada persahabatan, cinta harta...cinta dunia...

    antara cinta sebenar yg membawa ke syurga ngan cinta yg memusnahkan....

    juga rasa 'becinta' nak masuk ngajo kelas yang....

    ReplyDelete
  9. cinta

    sungguh indah!!

    ReplyDelete
  10. Err... tak pandai pulak nak bermadah2 ni, hi hi..

    Susah nak sebut cinta.., lebih suka sayang, ekekeke.......

    ReplyDelete
  11. lebih indah lagi bila 'bunga-bunga' cinta lahir buat menambah seri cinta yang ada...

    sayang....kasih.......cinta pun boleh...

    ReplyDelete
  12. Being deeply loved by someone gives you strength; while loving someone deeply gives you courage. (Chinese Philosopher)

    Selamat mencintai manusia & Penciptanya

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin